Rabu, 25 Julai 2012

Hadiah yang sidia bagi

Assalamualaikum w.b.t,


Aku memang kaki tulis, kalau boleh aku nak tulis sampai panjang berjela, kot tak suka tu tak payah bace ye..

Seronok kan bila seseorang yang istimewa bagi hadiah kat kita, walaupun ia tak mahal dan murah, ia sangatlah berharga buat diri kita sebagai seorang perempuan.. Ia membuatkan kita ingat kat dia sampai bila-bila.. Korang pon boleh laa share kat aku ape yang insan tersayang korang bagi. Tak kiralah ia sejenis makanan atau sebuah banglo, kereta, cincin, talipon bimbit n so are..

Apa yang aku nak share bukanlah nak bermegah megah atau menunjuk, tapi thats what in my heart okayy*acehhh*..Aku nak sidia tahu yang apa barang dia bagi, aku teramatlah hargai sehinggalah sekarang dah setahun sembilan bulan empat hari tak jemu jemu aku dengan sidia.. Dah nak 2 tahun hubungan ini dibina, dia pon dah kenal family aku dan aku pon dah kenal family dia.. Family dia sangat baik pada aku.. Dia pon rajin bawak buah tangan untuk mama dan papa bila dia datang nak jumpa aku..

Nak tahu tak ape hadiah pertama dia bagi?? Time tu aku baru je bercinta dengan dia 20.10.2010 tarikhnya.. mase tu memula bercinta memang ade segan silu kan.. Nak sembang pon malu malu miaww, dia pon jadi nervess.. Kebetulan plak 29.10.2010 tuu hari jadi aku, dia sebagai baru nak bercinta tak tahu apa yang aku suka dan tak suka.. Dia pon teringin jugak nak bagi hadiah kat kekasih nya walaupun awal lagi kan perkenalan.. Aku pon tak kisah kalau dia tak bagi ape ape, sebab yang aku nak cinta dia je..





Dan waktu hening-hening ditiup pula angin bayu, dikibas kibas pula daun daun pokokk.. Dup dap dup dap jantungnya.. Kemudian dia hulurkan COKLAT CADBURY
perisa BLACK FOREST, *perhh memang fevret aku laa coklat perisa tu*.. Lagipon aku nie mmg hantu coklat.. Dia pon wish hari jadi aku, dia cakap terimalah hadiah yang tak seberapa ni, walaupun bukan untuk diingati tapi untuk dirasai bahawa cinta dia kat aku tak pernah tawar macam rasa COKLAT ni.. Perhhh aku rasa time tu bahagia sangat walaupun baru kenal..

Dah habis cerita pasal hadiah coklat, now cerita pasal hadiah anniversary dia kat aku pulakk.. Time tuu dah setahun laa hubungan ni dibina, macam macam dugaan yang dialami waktu kami bercinta, tapi kami masih lagi bertahan supaya hubungan nie tak berhenti ditengah jalan.. Sebelum hari anniversary tuu, dia nak pergi Sarawak dengan family nye, diorang nak pergi bercuti.. So aku pon risau jugak dengan penerbangan mereka satu family.. Aku berdoa agar mereka sampai ditempat yang dituju.. Dalam flight mane bole main talipon, sebelum dia off phone dia, dia cakap kat aku jangan gatal gatal kat sane n jage diri baik baik sebab dia nak jalan jauh.. Aku sebak laa sebab dia cakap camtu, aku pon harap dia selamat sampai..

Dan ketika dia sampai, dia mesej aku semua laa pasal tempat dia tuju tu.. Wahh kemain seronok diaa ye.. Aku pon tumpang gembira.. Dia cerita kat sana dia banyak beli barang barang untuk kawan-kawan, lecturer dan kekasihnya.. Aku pon tak sabar nak tahu ape barangnya, yang aku ingat dalam kepala hotak aku mesty keychain, baju dan lain lain.. Yela aku mane penah nak pegy jalan jauh jauh nie.. Aku pon tak hengat brape hari dia g sane.. Lepastuu dah puas berjalan dia dengan family pon nak balik laa selangor *rumah dia*.. Lagi sekali laa dia dalam flight dan off phone, macam macam laa dia bagitau supaya aku jage diri lahh..


So dah sampai tu kann, keesokannya dia buat keputusan nak datang kat aku laa kat manjung.. Aku pon tak sabar nak jumpa dia.. Rindu kau gendutt.. wakakaka.. Dah sampai rumah aku tuu, dia bagi laa segala barang yang dia beli kat sane, mcm mcm wehh dia beli..
Kek Lapis Sarawak, yang penting kek tu perisa coklat mmg ngam laa dengan citerasa aku.. Baju sarawak, keychain, gelang.. Aku pon bawak masuk laa semua barang tu, lepas tuu aku keluar balik, dan dia ade sorokkan sesuatu kat blakang dia.. Aku pon tanye lahh ape kat
belakang tuu semua, dia pun hulur lahh sebentuk cincin SILVER didalam kotak cincin berwarna oren.. wahhh aku rase sangat lahh terharu dan aku akan hargainya sampai lahh sekarang masih melekat kat jari manis ni.. Tak kisah laa emas or silver janji aku akan hargaii
sampai bebila..





Habis sudah cerita pasal cincin tuu, now cerita pasal hadiah ketiga pulakk.. Hadiah nie dia beli kecik je sebab kecik pon dah mahal.. Warna coklat jugakk tauu bende nie tapi sangat comel.. Time tu pergi jalan jalan dekat tempat aksesori anak patung.. Dia pon cakap berkenan ke kat salah satu teddy yang aku pegang tuu, sebab lembut je teddy tuu tak berbulu, dalam dia ada serbuk apa tahh.. Best je dok picit picit teddy tuu.. aku cakap laa mahal sangat walaupun kecik je bendanya.. aku taknak laa menyusahkan dia.. lepastu dia cakap kalau nak amik laa, dia keluarkan duit dan terus bayar.. dia cakap kalau rase rindu peluk laa teddy nie.. aku pon senyum jehh.. so sampai sini jelaa aku update pasal hadiah yang dia bagi.. Yang selebihnya dia banyak blanje aku makan.. sebab dia suka tengok aku makan.. ngeee.. agak tak suka baca tengok jela gambar nye, wakaka! 




kbaiii..



Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Selasa, 24 Julai 2012

Whatsapp? apekah itu whatsapp?





Salam Ramadhan semua umat islam,

aku dah lame dah join kegiatan sosial nie sejak aku start pakai hp canggih lagi.. canggih ke? bole tahan laa canggihnye. so lepas aku gune nie, tak ramai laa membe membe phonebook aku join whatsapp nie. ade pon dalam brape orang je, tu pon aku chat biase biase je. lame lame bosan gak woii.

dah cerita pasal bosan nie aku pon maleh laa nak berwhatsapp ni lagi, pesyaitonn sume tu. memacam boleh buat, yelaa sebab free kan, hantar gambar free. kalau gune mms biase tak ke tolak kredit tu nahh. ahh aku join pon time umo aku 16 tahun. lame tu doe, zaman zaman mat 'lempit' lagi. wakakaka.. lepas tu hp aku hilang dan entah kemana dan siapa pencurinya pon aku tak tahu.. sekali nombor talipon hilang.
oh sayang tuu..

dan lagi sekali aku beli hp baru yang lagi canggih laa dari yang lame, wakaka, aku install whatsapp balik.. aku cari balik nombor kawan kawan lame aku, nasib baik laa aku jenis diari woman punye orang, sume nombor talipon kengkawan aku salin kat diari aku tuh. dan aku lihat balik semakin ramai pulak yang join whatsapp dan ramai lagi lagi ramai.. entah ape yang best pon aku tak tahu mungkin sebab free kot iye.

dan kegiatan sosial ini lah telah mencemburui oleh kekasih hati, lalai segala-galanya.. pesyaitonn.. tak hengat orang tersayang langsung aku ni. wakaka! so aku terpakse uninstall sebab nak jage hati dia. so kengkawan ingatlah orang blakang ye.. agak agak fon canggih sangat tuu fikir lahh sebaik baiknya. ikot time yang sesuai.. bagi aku laa just have fun je whatsapp nie. sebab nak seronok chat lelaju dan free, takde lah tolak kredit iye dak.

okbaii!


Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Rabu, 11 Julai 2012

HACKS

Assalamualaikum w.b.t,


woww 1 hari ni asyik layan movie je. Almaklumlah bosan dok umah goyang kaki, baik layan movie ye dak.


tadi daya layan cite HACKS - Hanya Aku Cinta Kau Seorang. jiwang seyh cerita nie. tapi not bad laa best juge la. daya layan tadi tak kelip mata u. HAHA. daya download kat youtube je walaupun lembab cm siput.




Sinopsis - 


Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. 


Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL.


Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. 


ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


Nak download pergi kat LINK INI cepat. lepas tu klik kat part 1 dan part 2 okayy.

kalau nak senang pergi je youtube dan download full dari situ. pastikan korang ade INTERNET DOWNLOAD MANAGER untuk download dengan cara senang.

BYE.




Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Jumaat, 6 Julai 2012

Tutorial: Cara nak buat blog

Assalamualaikum w.b.t,


Harini daya nak share something easy bagi yang baru nak buat blog, yelah ramai sangat yang suruh daya buat blog diorang nie, bukan ape laa kan, kengkadang dalam 2,3 orang suruh buat blog dalam masa 1 hari. Payah laa camtu, daya pon takdelah pandai sangat dalam dunia blog ni.


Okay 1st, korang mestilah pergi ke LINK NI untuk tujuan korang aktifkan akaun google terlebih dahulu.



Bagi yang sudah mempunyai akaun google, korang hanya perlu sign in sahaja.

Klik pada gambar untuk besarkan

Korang hanya perlu sign up jika korang belum mempunyai akaun google. Korang tak payah laa piker lelame sangat untuk sign up google nie.

Korang hanya perlu mengisi segala butiran peribadi anda seperti contoh dibawah ni. Selepas korang selesai mengisi butiran, korang  hanya perlu next step sahaja untuk seterusnya. Mudah bukan? hihihi

Klik pada gambar untuk besarkan

Sudah selesai bukan? Nanti ia akan keluar seperti contoh dibawah ni. Korang hanya perlu klik pada “Back to Blogger”.

Klik pada gambar untuk besarkan

Selepas korang klik back to blogger, korang just klik pada petak orenggg dibawah nunn. Nampak tak? Mesti la nampak kan. Korang klik situ. Blog sekarang berwajah baru, nanti daya ajar korang cara nak tukar balik setting blog lame okay !

Okay kat bawah ni ia tunjukkan cara nak create blog korang. Klik pada New Blog, tengok pada anak panah!

Klik pada gambar untuk besarkan

Ia akan keluar seperti gambar dibawah ni, just isi ape tajuk blog korang dan email address nye, dan pilih la template yang bersesuian dengan idea korang! Kemudian korang klik pada Create blog (petak orenggg kat bawah nunn) dan selesaii !!!



Klik pada gambar untuk besarkan

Mudah bukan? Tunggu tutorial yang seterusnya okay!

SELAMAT MENCUBA ^^


p/s: kene paham dengan betol taw! baca dari atas sampai bawah okayy, jangan tengok gambar je, mane nak paham kalau camtuu..









Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Khamis, 5 Julai 2012

''Segmen : Free Doodle Cute''

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah harini saya diberi kesempatan untuk mengupdate belog. Jadi saya telah ditag oleh cik Linniey tentang segmen berkaitan doodle cute. Mari le reramai join, lagi ramai lagi syiokkk. hihihi.




Kelik la orang comel kat atas ni :)


Syarat-syarat :

1. follow blog ini
2. buat entry yg bertitle "segmen : free doodle cute" dan letakkan gambar atas tuh yg dilinkkan ke entry ini
3. tag 3 orang rakan
4.tgglkan link segmen di komen entry ini..

**dalam entry awak,awak dan awak, mestilah ada

Nama: Daya Aziz
Color baju didalam: 0066FF
Color baju diluar: 0000CE
Color kasut: FFFF00

Search kod color di SINI

hanya 40 orang terawal sahaja yang akan mendapat doodle tersebut..

Tag :

P/S: Cepat-cepat sebelum terlambat okayy :)


Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Rabu, 4 Julai 2012

Giveaway by Eiqa & Ain

Assalamualaikum w.b.t,



JOIN it! klik aje banner diatas :) terima kasih

Tagged



Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Selasa, 3 Julai 2012

Sharing is Caring

Assalamualaikum w.b.t,


Harini saya sangat bahagia bersama Family, kengkawan dan boypreng tersayang. Bole lah dalam beberapa minggu tak update belog, sebok memikirkan masa depan yang harus aku harungi. Maklumlah aku anak sulung perempuan, kene lah ikot jejak mama dalam menguruskan hal rumahtangga nie.


Aku disini dengan entri baru nak share sikit kat u all, kalau yang lelain dah tahu pasal bende nih, Alhamdulillah syukur. Yang mane tak tahu lagi tu, come come main edit edit. Kalau dulu pakai picnik je tapi skang picnik pon dah takde. Now aku nak ngedit pon skang pakai picmonkey je, Klik link ini untuk maklumat lanjut PicMonkey.


Dah tengok? Nice bukan. Macam-macam korang bole ngedit aww. Pandai laa korang nak bukak camne, free aje tak payah laa nak registration ke ape ke. *janji rock*


Okay 1st,


Korang kelik laa kat "Edit a photo" pastu nanti korang pilih la gambo yang korang nak edit, so simple je bukan. nanti keluar laa bentuk kat bawah nie.


Thats was basics edit, korang bole kelik kat auto adjust je sebab senang. List kat tepi tu macam macam ada, kelik aje laa dan ngedit sendiri okay. Nice bukan? So ape tunggu lagi? HAHAHA , sharing is caring, so  I only share what pent up in this heart. aicehh. 
Dah baca? Tinggalkan komen ye ..