Selasa, 31 Januari 2012

Seronoknya kelmarin

Assalamualaikum w.b.t,

Kelmarin 28 Januari 2012 , kat Astaka (Lapangan Terbang lahh katakan) kat Sitiawan, Perak. Adelahh rumahh terbuka Malaysia, katenye Perdana Menteri datang? iyeke? macam tak percaya jekann , untunglahhhh. Punyelah ramaii gegile orang , 1 Malaysia la katakan , name pon 1 Malaysia kompem la ade Melayu, Cina , India. Dah la ramai, bile dah ramai tuu mesty berhimpit himpit cam ape jee, tapi nak wat camne , nak tengok Perdana Menteri punye pasal , dah la kene tolak dengan orang. huishhh bengang sungguhh....

Lepas je Perdana Menteri lalu, aku just sempat rakam beliau dari belakang je, kesiannyee akuu kannn. tapi takpe laa yang penting ade abang Polis tu hensem sangatt , HAHAHAHA, hmmmm tak dapat salam dengan PM pon , dapat bergambar dengan pakcik aku pongg jadilahh... tetibe lak jumpe pak lang aku nga jage jalan kat traffic light sitiawan tuhhh.. (beria kejap)...


Seriously time nie aku penat gile meyh , dah la balik keje kul 7 tu terus g Astaka jalan kaki, sebab kete banyak sangat. Terpakse la jalan kaki, nasib baik la tempat keje aku dengan Astaka tu dekat jerr.. Time nihh aku dah rimas sangat, aku gn membe aku blah dari padang tuu sebab tak dapat salam dengan PM, HAHA , hampa sangat... Then aku sempat bergamba dengan paklang aku nihh.. handsome tak??? mesty laa handsome.. yg baju merah tu aku laa,, si tinggi... muke berminyak cm ape jekkkk.. hahaaa..


 
Then aku sempat snap gn moto nihhh, smart takk? gudd... abaikan orang belakang kayy... (peace)... malas nak edit...

 
Fuhh dah penat berjalan, ini lahh hasil yang kitorang dapat.. gambar pon blur jerr. letih laa... balik umahh aku terus tidorr.. tak pikir ape dahh.. tido dengan tudung tudung skali.. cehhh (gurau je).. So kite enjoyy !! bye bye dan selamat malam !!



 

Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Jumaat, 20 Januari 2012

Oh bicara Hati kuu

Assalamualaikum w.b.t,

Setiap hari Selasa je aku mesty akan ngadap depan TV pukul 9 malam kat Astro Prima , sebab ape taw , sebab cerita favorettt akuu tuu , alaa yang adaptasi novel tuuu BICARA HATI tuuuuu tuuuuu... Best laa aku layan sangat cite jejiwang karattteee nie , ape yang best nye ? pelakonnnye lahhhhh , HAHAHA , 




ni la novelnye, kalau bace memang feel tahap gabann laa, sebab imaginasi nye begitu kuatt , HAHA!! ohh yehh, tapi pelakon nye ponn sesuai n padannn... i loikeee... 


kann kann cantik kann hensem kan ? hahaha... ohhh Tengku Shahran dan Zahlia , sweet la awak,, dorang belakon pon okayy jep kot , tapi yang Zahlia punye watak tak berape nak same dengan dalam novel,,, selalunye macam tulah, tapi terbaikk...


Part nih sudah ponn, Zahlia terpaksa kahwin dengan Tengku Shahran sebab Tengku Shahran nak lari dari Linda tuu , gedik nak mamposs, tapi before nikah dorang ade buat perjanjian...tapi okayy gak mak n bapak shahran nie suke at Zahlia uhh (pengaruh TV kuat aku nie)... n then tunggu lahh episode yang seterusnya okayy..... Klik bawah untuk tengok Bicara Hati...




 

Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Khamis, 19 Januari 2012

Petua kecantikan

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

p/s: sape nk muke elok , cubelahh :)) 

Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Khamis, 12 Januari 2012

Shoutmix Free dah TAMAT !

Assalamualalaikum,

Daya sedih sangat sangat sebab blog daya nie tak macam u ollss laa, sadiss nye, blog saya tak sepopular blog awak semua. Bukan nak tumpang populariti pon , tapi rase sunyik jekk blog nie, skang shoutmix pon takde dah, dah tamat so takleh nak blogwalking dh. Bosannnn seterunyaa doo.

Shoutmix ade bagi pesanan bahawa beliau akan menamatkan sesi percuma shoutmix. sebab beliau dah berkhidmat selamat 7tahun lamenye 'duu'. Seterusnya beliau berkata lagi, bahawa 100% percuma tidak mampan sebelum ulang tahun pertama shoutmix niee, so terpaksa ditutup kayyy , itu hanya untuk percuma aje k.

So, ade berita baik, katenye shoutmix akan bersedia untuk kadar bayaran hanya $0.99/bulan dan akan berkuatkuasa serta merta, yang untuk versi lame pulak , kadar bayaran nye lebih kurang $1.67/bulan. what? hmmm untunglaa sape yang pandai bayar bayar nie , awok tak pandaiii. Tapi takpe laa , saya akan merindui shoutmix selamanya okehh!! papapapapaiii (tapak kaki berlalu pergi)

p/s: Kalau percuma takpe laa jugak :))

Klik Sini  untuk bace surat shoutmix , ahakksss !





 
Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

Rabu, 11 Januari 2012

oh tempat kerja kuu (practical)

Assalamualaikum,

Hai olss yang ohsem lagi cun cecantik dan kekacak bergaya, daya tak tahu nak buat ape skarang , hanya merenung muka buku yang tak berapa nak CUN n blog yang bole tahan CUN (pe aku merepek nie) ohh dah seminggu setengah daya berada dialam pekerjaan --cehwahh-- seronok tu bekerja , macam macam pengalaman yang daya dapat aww, standard ohh budak practical kann. 1st time kerja kat kedai komputer*habaq maii, HAHA.

Tempat kerja daya bole tahan ohsemm jugaklahh , ade aircond, ade meja dan ade segala galanya lahh kan, ape yang daya buat , daya akan isi di muka buku log yang disediakan, kene keje kuat kuat nih baru lahh baik punyerr daya punye markah , tapp tepp (tepuk tangan) kene buat asignment lagi smpai bab 5, tapi ape ape pon daya suke menaip (Y).



Haa nie salah satu aku menaip , terror tak? HAHA, cunn. Ni repair windows aww , sebab asyik restart ajelahh kan, tapi takpe daya cube lagi taip taip command (uhuk uhuk). best keje camnie , repair repair , name pongg minat dari duluu kennn *muah muah.


Lastly gambo yang menggedikss lahh plak, nice bukan, daya memang takde keje nih la dye , kalau takde keje yang nak buat , so keje mengSnap laa yang menarik minat handphone C3 aku nipp , HAHA , bye olss :)

p/s: Sebenarnya saya agak pemalu sikit , harap maaf 


Dah baca? Tinggalkan komen ye ..