Rabu, 11 Julai 2012

HACKS

Assalamualaikum w.b.t,


woww 1 hari ni asyik layan movie je. Almaklumlah bosan dok umah goyang kaki, baik layan movie ye dak.


tadi daya layan cite HACKS - Hanya Aku Cinta Kau Seorang. jiwang seyh cerita nie. tapi not bad laa best juge la. daya layan tadi tak kelip mata u. HAHA. daya download kat youtube je walaupun lembab cm siput.




Sinopsis - 


Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. 


Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL.


Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. 


ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


Nak download pergi kat LINK INI cepat. lepas tu klik kat part 1 dan part 2 okayy.

kalau nak senang pergi je youtube dan download full dari situ. pastikan korang ade INTERNET DOWNLOAD MANAGER untuk download dengan cara senang.

BYE.




Dah baca? Tinggalkan komen ye ..

2 ulasan:

umiliza989 berkata...

jom tgk baju raya kt sni:

http://norliza989.blogspot.com/2012/07/kurung-moden-wirdani-new-design-new.html

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Pelakon pompuan nie, dah pakai tudung kan?:) slm kenal...:)